Melabur di Pasar China
Melabur di Guangxi
Di bawah kelulusan Majlis Negara, Pusat Logistik Bebas Cukai Nanning yang diselenggara oleh Zon Pembangunan Teknologi Tinggi Nanning secara rasmi diubah dan dinaik taraf menjadi Zon Bebas Cukai Komprehensif Nanning pada 2 November 2015, keluasan terancangnya seluas 2.37 kilometer persegi dan dibahagikan kepada dua blok. Zon ini disambungkan oleh jambatan atas tertutup, perniagaannya terutamanya termasuk pemprosesan bebas cukai, logistik bebas cukai, perkhidmatan bebas cukai dan lain-lain. Zon Bebas Cukai Komprehensif Nanning melaksanakan pengurusan tertutup, dan menikmati dasar pengurusan cukai dan pertukaran asing yang berkaitan bagi zon bebas cukai komprehensif semasa selepas lulus pemeriksaan penerimaan. Pada 22 Disember tahun 2009, Pusat Logistik Bebas Cukai Nanning meluluskan penerimaan rasmi pasukan penerimaan bersama kebangsaan dan merealisasikan operasi penutupan kastam. Walau bagaimanapun, fungsi logistik bebas cukai tunggal sebelum ini sukar untuk memenuhi keperluan pembangunan. Peningkatan yang berjaya ini bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan Zon Bebas Cukai Komprehensif Nanning sebagai “pelabuhan tanpa air” terbesar di Kawasan Barat Daya China, tetapi juga meningkatkan pembangunan pesat berorientasikan eksport ekonomi Nanning.
Tel: 0771-4898296
Laman Web: http://gxq.nanning.gov.cn/bmwz/nnzbqztlm/
Sumber Maklumat: Jawatankuasa Pengurusan Zon Bebas Cukai Komprehensif Nanning
Jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap hak cipta, sila hubungi untuk memadam.
Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia adalah taman antarabangsa ketiga yang dibina oleh kerajaan China melalui berkerjasama dengan negara yang lain. Di bawah sokongan besar kedua-dua pihak iaitu kerajaan China dan kerajaan Malaysia, Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China bersama-sama untuk mencipta cara baharu kerjasama antarabangsa "Dua Negara Dua Taman”. Cara ini sudah menjadi percubaan awal dan amalan aktif untuk menyumbang pembinaan “Jalur dan Laluan” dan memacu kerjasama keupayaan penghasilan antarabangsa dengan membina taman-taman, memperkayakan isi kandungan peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Taman tersebut rapat berkisarkan penempatan strategik yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping, iaitu “menjadikan Taman Perindustrian Qinzhou dan Kuantan projek utama kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara dan kawasan teladan kerjasama China-ASEAN”. Tujuannya adalah berkhidmat kepada pembinaan laluan baharu dan kubu jambat perdagangan darat-laut antarabangsa, membina kawasan ujian inovasi kerjasama terbuka China-ASEAN, dan menubuhkan sangga tuas penting bagi perkembangan bersepadu Teluk Beibu di Guangxi. Menurut permintaan, iaitu membina “Taman Perintis Pembaharuan dan Inovasi Wilayah Autonomi” yang dikehendaki oleh wilayah autonomi, pihak berkenaan menegaskan “bermula dari kosong, bertitik permulaan tinggi, berkembang pesat”, melalui bekerjasama dengan pihak berkenaan Malaysia, menumpu perhatian kepada menarik pelaburan dan pembinaan projek, dan bersepadu untuk memacu revolusi dan inovasi, pembinaan parti dan pengurusan masyarakat, kerjasama mengenai "Dua Negara Dua Taman” didorong dengan lebih lanjut dan kerja lain dijalankan dengan lancar. Melalui perkembangan beberapa tahun-tahun, kawasan permulaan taman yang berkeluasan 7.87 kilometer persegi, iaitu pembinaan “Tujuh Lancar, Satu Rata, Satu hijau” telah dihabiskan, dan ia telah memenuhi syarat asas bagi projek perindustrian dan bandar, iaitu “Sampai Saja Dapat Masuk Taman”. Sehingga hujung tahun 2015, sasaran taman, "Menggunakan Tiga Tahun Untuk Menyiapkan Asas" sudah hampir tercapai. Selain itu, mulai tahun 2016 masuk peringkat baharu "Meninggalkan Kesan Lima Tahun Kemudian".
Susun atur projek perindustrian kawasan permulaan telah hampir dihabiskan. Taman giat berkhidmat untuk hubungan kerjasama China dan Malaysia, berpandukan mendorong kerjasama keupayaan penghasilan antarabangsa, terutamanya memacu ubat biologi, maklumat elektronik, pembuatan pelengkapan, tenaga baharu, bahan baharu dan projek perindustrian berkelebihan tradisional ASEAN hinggap di dalam taman. Setakat kini, syarikat-syarikat yang sudah mendaftar telah melebihi 380 buah. Selain itu, terdapat lebih daripada sepuluh buah projek-projek mengenai teknologi tinggi yang berskala besar dan mempunyai prospek baik berterusan berjaya memulakan pengeluaran, contohnya Cahaya dan Elektrik Xindeli (Fasa Pertama), Digital Kelly (Fasa Pertama), Ubat Biologi Huibaoyuan, Tenaga Baharu Keyi (Fasa Pertama), Teknologi Tianhao, Cetakan 3D Younizao dan lain-lain. Susun atur projek penting sudah mencapai kemajuan yang menonjol. Beberapa projek-projek perindustrian baharu strategik berterusan ditetap dan dirancang mula membina, contohnya Garisan Pengeluaran Substrat Cermin Supernipis Generasi Ke-7.5 dengan jumlah pelaburan 10 bilion yuan di Taijia, Guangxi, Tapak Perindustrian Rantaian Sejuk dan Halal Zhongnongpi dengan jumlah pelaburan 7 bilion yuan, dan Taman Perindustrian Antara Provinsi Guangxi Dengan Provinsi Sichuan dengan jumlah pelaburan melebihi 2 bilion yuan dan lain-lain. Dalam perindustrian berkelebihan tradisional, gris Gangqing mencapai pengeluaran normal, sepuluh buah syarikat-syarikat pemprosesan sarang burung menghabiskan pengubahelokan kejuruteraan, dan juga terdapat dua belas buah syarikat-syarikat pemprosesan sarang burung sedang menunggu masuk taman, pada masa yang sama membincangkan tentang pembinaan Taman Perindustrian Halal bersama dengan Kementerian Pembangunan Perusahaan Malaysia.
Pembinaan projek pelengkapan fungsi taman sudah bermula secara keseluruhannya. Dengan daya pelaburan bagi infrastruktur dan kemudahan pelengkapan semakin kuat, projek Taman Perindustrian Maklumat Elektronik, Taman Teknologi Antarabangsa China dan Malaysia, Taman Perindustrian Internet Benda Pintar, Tapak Perdagangan Pemprosesan Sarang Burung, Makmal Sarang Burung Negara dan Pangsapuri Pemuda dan lain-lain masing-masing digunakan. Selain itu, projek-projek perkhidmatan pelengkapan contohnya Ruang Internet Inovasi dan Pendidikan, Kawasan Kediaman Penempatan Semula Hutan Merah, Kompleks Bandar “Empat Buah Satu”, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Pangsapuri Pakar dan lain-lain hampir diselesaikan. Dua tahun baru-baru ini, juga akan ada 29 buah perindustrian dan projek-projek pelengkapan bandar dihabiskan dan bermula dibinakan. Dua tahun kemudian lagi, sebuah bandar yang baharu dan moden dengan perindustrian antarabangsa akan bangkit di tepi Teluk Beibu.
Cara pembinaan dan perkembangan taman hampir telah membentuk. Taman-taman mempercepatkan membentuk sejenis cara perkembangan yang berpandukan kapital, aktif untuk munguatkuasakan strategik permodalan kapital kewangan, dan melalui penubuhan kapital pelaburan langsung perindustrian, dana pelaburan ekuiti, dana pembinaan bandar dan lain-lain, membesarkan kesan pengungkil kapital kewangan. Mengutamakan menubuhkan pentas perkembangan perindustrian kewangan teknologi(TFM), dan memacu perkembangan teknologi tinggi, harta ringan dan perindustrian perkhidmatan moden; berpandukan merancang untuk membina taman pengantarabangsaan dan inovatif, pada masa yang sama mempercepatkan memperbaik sistem perancangan taman-taman, memperkukuhkan kerja rancangan dan urusan melalui bekerjasama dengan akademi perancangan dan perekaan di taman perindustrian Suzhou; melaksanakan tapak ujian revolusi pembinaan pemerolehan kejuruteraan(EPC)untuk mendorong pasaran pembinaan dapat berkembang dengan normal; giat mencipta cara pengurusan institusi sah, mendorong “hal taman diselesaikan dalam taman”, memperdalamkan revolusi sistem pengurusan pencapaian peribadi, dan mempercepatkan pembentukan tanah tinggi pakar; menubuhkan dan memperbaik sistem pengurusan aset nasional di taman-taman, memacu inovasi cara yang mendapat untung syarikat usaha sama antara China dengan Malaysia; mencari cara baharu pengambilan tanah, dan penempatan semula dengan penyerapan konsep membina dan berkongsi bersama-sama; memperdalamkan sistem kerjasama "Dua Negara Dua Taman”, mendorong kerjasama keupayaan penghasilan antarabangsa, menubuhkan penyusunan kerja “Dua Taman” yang lebih rapat; aktif untuk memperkuatkan dan memperbaik kerja mengenai penubuhan parti dan kumpulan-kumpulan untuk mewujudkan sejenis suasana perkembangan dan penubuhan yang baik dan berfaedah. Melalui perkembangan beberapa tahun, kini taman sudah masuk fasa penuaian awal. Taman ini akan giat menjadikan taman menjadi “projek teladan kerjasama pelaburan antara negara China dan Malaysia” dan “kawasan teladan kerjasama China-ASEAN”.
Tel: 0777-5880001
Laman Web: http://zmqzcyyq.gxzf.gov.cn/
Sumber maklumat: Laman Web Rasmi Jawatankuasa Pentadbiran Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia
Jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap hak cipta, sila hubungi untuk memadam.
Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Guangxi-ASEAN terletak di 30 kilometer dari utara kota Nanning, bersebelahan dengan Kawasan Pemandangan Gunung Daming yang terkenal di Guangxi, jumlah keluasannya 180 kilometer persegi. Zon ini dikelilingi oleh gunung dan air, kaya dengan sumber dan makmur dalam semua industri, ia mempunyai rasa eksotik orang Cina luar negara yang kuat. Zon ini merupakan salah satu daripada tiga zon pembangunan peringkat negara di Nanning, badan yang penting bagi Ekspo China-ASEAN, taman perindustrian utama di Zon Ekonomi Teluk Beibu di Guangxi, taman perintis demonstrasi negara untuk transformasi kitaran, salah satu daripada ladang Cina luar negara terbesar di China, unit hubungan utama Pejabat Hal Ehwal Cina Luar Negara Majlis Negara, dan bandar baharu perindustrian taman gunung dan air di utara Nanning yang sedang membangun.
Zon Perindustrian Pelancongan dan Kesihatan mempunyai keluasan terancang seluas 27 kilometer persegi, bergantung kepada sumber ekologi semula jadi dan kelebihan industri makanan, bioperubatan dan lain-lain dalam zon pembangunan, memberi tumpuan kepada pembangunan bentuk perniagaan yang baru muncul seperti kesihatan komprehensif, penjagaan warga emas, pelancongan masa lapang dan sebagainya, menggalakkan pembinaan pengumpulan industri perkhidmatan moden di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dengan bersungguh-sungguh, menarik projek industri pelancongan komprehensif dan perkhidmatan penjagaan warga emas Kota Taihe & Zizai dengan pelaburan sebanyak 10.7 bilion yuan. Projek ini mengintegrasikan pelancongan, pertanian dan perhutannan ekologi, budaya, penjagaan kesihatan, penjagaan warga emas dan penjagaan perubatan, dan telah dikenal pasti sebagai kumpulan pertama “Pekan Penjagaan Kesihatan dan Penjagaan Warga Emas Guangxi” di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi. Sekarang fasa pertama projek itu telah dibuka secara rasmi kepada umum.
Taman Pendidikan Nanning (Kawasan Barat) dengan keluasan terancang 19 kilometer persegi telah mengimport 11 buah universiti dan maktab termasuk Universiti Minzu Guangxi, Kolej Tasik Xiangsi Universiti Miznu Guangxi, Kolej Pengurusan Bowen Universiti Teknologi Guilin, Maktab Vokasional dan Teknik Perniagaan Antarabangsa Guangxi, Maktab Perguruan Awal Kanak-Kanak Guangxi dan lain-lain. Taman pendidikan ini mempunyai pangkalan latihan kemahiran awam vokasional berperingkat wilayah autonomi dengan jumlah pelaburan sebanyak 1 bilion yuan, komited untuk membina platform perkhidmatan awam pelbagai fungsi antarabangsa yang menyepadukan penilaian latihan kemahiran vokasional, persaingan, komunikasi, industri-pembelajaran-penyelidikan, menggabungkan lebih daripada 30 buah sekolah termasuk maktab hidro, maktab ekonomi dan vokasional, sekolah teknik akhbar dan penerbitan dan lain-lain yang sedia ada untuk membina kawasan tumpuan sumber pendidikan dengan bersungguh-sungguh. Pada masa yang sama, kami juga telah menjalankan kerjasama strategik dengan Kumpulan Greenland, sebuah syarikat Fortune 500, memfokuskan pada penambahbaikan kemudahan sokongan asas taman pendidikan, meningkatkan kapasiti tampung industri taman itu dan menggalakkan integrasi industri dan bandar, dan mencipta kad bandar “Utara Nanning” secara aktif. Zon Demonstrasi Pertanian Moden, dengan keluasan terancang 88 kilometer persegi, bergantung kepada sumber sains dan teknologi yang berkelebihan daripada “dua institut dan tiga stesen” (Institut Sains Pertanian Guangxi, Institut Penyelidikan Sains Hasil Laut Guangxi, Stesen Umum Teknologi Pertanian Guangxi, Stesen Umum Serikultur Guangxi, dan Stesen Umum Buah-buahan Guangxi) yang telah mendaftar masuk. Setakat ini, Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Guangxi-ASEAN telah membangunkan 5 zon demonstrasi pemodenan pertanian yang istimewa. Pada masa hadapan, pihak zon akan komited untuk mencipta tanah tinggi inovasi teknologi pertanian moden, tanah tinggi bakat sains dan teknologi pertanian dan tempat peranginan pelancongan pertanian moden yang berpangkalan di Guangxi dan menghadapi ASEAN.
Tel: 0771-6336825
Laman Web: http://gxdmjkq.nanning.gov.cn/
Sumber maklumat: Laman Web Rasmi Laman Web Rasmi Jawatankuasa Pengurusan Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Guangxi-ASEAN
Jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap hak cipta, sila hubungi untuk memadam.